Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone ios 16 aod

Akhirnya iPhone 14 Pro Mungkin Akan Dapat Ciri Yang Sudah Bertahun Ada Pada Android

Diterbitkan Jun 8, 2022 · Dikemas kini Jun 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semua pastinya sudah tahu tentang iOS 16 yang baru dilancarkan. Versi beta untuk pembangun sudah pun dilepaskan dan sudah ramai yang memasangnya pada peranti masing-masing.

9to5Mac mendedahkan mereka menemui beberapa perkara dalam bahagian pengaturcaraan iOS 16 yang mengukuhkan dakwaan tentang paparan kekal (AOD atau always-on-display) kelak.

Dalam acara WWDC, perkara yang sangat dinanti-nanti iaitu sokongan paparan kekal pada iPhone kekal langsung tidak diumumkan.

Pun begitu, tiga framework baharu ditemui iOS 16 di mana ia berkaitan dengan pengurusan cahaya skrin (backlight). Macam kita tahu, ini sangat berkaitan dengan paparan kekal.

Selain itu, framework lain pula terkait dengan lock screen dan home screen.

Dalam versi beta pembangun ini juga, ada perkara yang beri petanda bahawa jurutera Apple boleh menguji AOD pada iPhone 13 Pro walaupun ura-ura mengatakan hanya iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max.

Ini bermakna jelas sekali Apple sudah meletakkan batu dasar untuk ciri AOD ini. Dari segi visual pada paparan kekunci (lock screen) iOS 16 pun kita boleh nampak susunan baru ini lebih sesuai dan bersedia untuk paparan kekal berbanding dalam iOS 15.

Sumber: 9to5mac

Baca juga:

  • Sah, Apple Perlu Patuh Undang-Undang Ganti Lightning Dengan USB-C
  • iPhone 14 Pro Barangkali Hadir Dengan Ciri Paparan Kekal Selepas Apple Watch
  • Gurman: iOS 16 Akan Ada Ciri Paparan Kekal, ‘Widget’ Pada ‘Wallpaper’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY