Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyAV 1 2

Laluan Ujian Kereta Pandu Sendiri Kini Dibuka Kepada Umum

Diterbitkan Januari 14, 2023 oleh ariff bukhari

Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) pertama negara yang terletak di Cyberjaya kini mula dibuka kepada umum.

Ia dimaklumkan Futurise menerusi laman sosial mereka pada awal bulan ini.

The #MyAV is an initiative leveraged by the National Regulatory Sandbox and brought to you by the @MOTMalaysia and in collaboration with Futurise.

Explore the first #AutonomousVehicle testing route in Malaysia and partake in advancing the Automobile and Transport industry today! pic.twitter.com/x2ECLmH9o0

— Futurise (@FuturiseMY) January 4, 2023

Laluan pengujian yang dibangunkan Futurise bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah inisiatif Sandbox Pengawalseliaan Nasional (NRS) itu bertujuan untuk pembangunan projek kenderaan berautonomi atau kenderaan pandu sendiri.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Futurise, terdapat sebanyak 2 laluan ujian kereta pandu sendiri ketika ini iaitu MyAV Route A dan MyAV Route B yang terletak di dalam Cyberjaya dengan jarak keseluruhan sepanjang 7.85km.

MyAV Route A
MyAV Route B

Tetapi Futurise juga ada menyatakan bahawa laluan ujian itu akan turut diwujudkan di Putri Iskandar, Johor dan Putrajaya.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa eMoovit Technology Sdn Bhd iaitu syarikat pemula tempatan yang membangun perisian kenderaan tanpa pemandu di Malaysia telah menjadi syarikat pertama di negara ini diberi kelulusan untuk menggunakan Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) pertama negara.

Berkaitan

  • Syarikat Pertama Negara Diluluskan Menggunakan Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi
  • Pertama Di Malaysia, Taylor's University Lancar Jurusan Digital Alaf Baharu
  • Cepat Sambar 3 'Game' Ini Sekaligus Berharga RM125.99 Secara Percuma Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY