Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Gesa Touch ‘n Go Turunkan Harga Pelekat RFID

Kabinet Setuju Tol Tanpa Palang Dilaksana 2025, Kini Tunggu Rundingan Dengan Syarikat Konsesi

Diterbitkan Oktober 6, 2022 · Dikemas kini Oktober 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata Kabinet bersetuju untuk kerajaan melaksanakan sistem tol tanpa palang atau MLFF bermula 2025 ini.

Cerita tentang hasrat kerajaan untuk laksanakan sistem baharu, tol tanpa palang atau multi-lane free flowing (MLFF) pada 2025 ini bukan baru sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun.

Kata Menteri, langkah seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol mengenai bagaimana ia akan dilaksanakan.

“Kita akan mewujudkan command centre (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya,” katanya.

Dalam dokumen disediakan PLUS berkenaan RFID dulu pun, telah dinyatakan RFID ialah persediaan untuk ke arah sistem tol tanpa gantri ini.

Menurut Paul Tan, kerajaan pada 2009 dulu berkata sistem MLFF sudah pun diuji dan cadangannya akan sedia hujung tahun.

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch 'n Go RFID Pada Kereta
  • Indonesia Akan Guna Nombor Plat Putih Dan Ada RFID, Pasang Secara Percuma
  • Thailand Kuat Kuasa Pembayaran Tol Guna Nombor Plat, Ujian Rintis Hanya Sebulan
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Pada 2015, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) juga telah melaksanakan proof of concept di sebuah kawasan dimiliki Technology Park Malaysia.

Tahun 2019 pula, Malaysian Association of Highway Concession Companies (MAHCC) berkata semua lebuh raya akan beralih ke sistem tol tanpa palang dalam masa 3 tahun apabila RFID dilaksanakan seluruh negara.

Tahun lalu, Green Packet berkata ia akan menjalankan teknologi ini di BESRAYA pada awal 2022.

Sumber: BERNAMA, Paul Tan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY