Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS Sasar Sistem Pembayaran Terbuka Di Jambatan Pulau Pinang, BKE September Ini

PLUS Sasar Sistem Pembayaran Terbuka Di Jambatan Pulau Pinang, BKE September Ini

Diterbitkan Mac 24, 2023 · Dikemas kini Mac 24, 2023 oleh Amalina Athman

Selaras dengan kenyataan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini menyasarkan pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Berkaitan

  • Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran
  • Tiga Kementerian Akan Bincang Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Ke Lebuhraya PLUS

Bagi merealisasikan pelaksanaan menjelang September ini, PLUS memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Difahamkan, PLUS kini sedang membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang.

Dengan pelaksanaan ini kelak, ia dijangka akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya.

Sumber: PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY