Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KWSP i Secure (1)

KWSP Perkenal i-Akaun Secure Untuk Pengesahan Transaksi

Diterbitkan Januari 7, 2025 · Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh Amalina Athman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melancarkan ciri keselamatan baharu, iaitu i-Akaun Secure, yang tersedia di aplikasi KWSP i-Akaun ahli bermula 6 Januari 2025. 

Dengan i-Akaun Secure, pengguna boleh meluluskan transaksi dengan lebih cepat dan pantas pada paparan i-Akaun Secure Authorisation.

Bermakna, pengguna tidak lagi perlu menunggu dan memasukkan Kod Kebenaran Transaksi (Transaction Authorisation Code, TAC) 6 digit yang dihantar melalui SMS untuk melengkapkan transaksi.

Perlu diketahui bahawa i-Akaun Secure hanya boleh digunakan pada satu peranti sahaja. Untuk mengaksesnya, aktifkan paparan notifikasi dan pemberitahuan pada tetapan aplikasi. Juga, pastikan aplikasi telah dikemas kini kepada versi terbaru.

KWSP i-Akaun Secure_3
*Nota: Paparan mungkin berbeza untuk peranti iOS dan Android.
KWSP i Secure _2
Cara meluluskan transaksi dengan i-Akaun Secure. Kredit: KWSP

Buat masa ini, transaksi dalam talian yang menggunakan i-Akaun Secure hanya melibatkan permohonan pengeluaran Akaun Fleksibel sahaja.

Walaupun begitu, KWSP memaklumkan bahawa kemudahan ini juga akan diperluaskan kepada transaksi lain seperti permohonan pengeluaran, pendaftaran dan penamaan, bagi memastikan pengalaman yang lebih selamat dan lancar.

Bagi mengetahui butiran lanjut, layari portal rasmi KWSP.

Berkaitan

  • Akaun Fleksibel KWSP Yang Benarkan Pengeluaran Bila-Bila Masa Bermula Pada Mei Ini
  • Cara Pindah Dan Keluarkan Wang KWSP Dengan Akaun 3 (Fleksibel) Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY