Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurang Berpuas Hati Dengan Twitter, Ramai Pengguna Berhijrah Ke Mastodon

Kurang Berpuas Hati Dengan Twitter, Ramai Pengguna Berhijrah Ke Mastodon

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Mastodon telah menjadi sebuah aplikasi alternatif untuk Twitter dan kelihatan seperti ia berjaya menarik hampir sejuta pengguna aktif setakat minggu ini sahaja.

Pengasas dan CEO Mastodon, Eugen Rochko telah mengumumkan melalui aplikasi itu sendiri bahawa bilangan pengguna aktif telah pun mencecah sehingga 1,028,362.

Manakala untuk Twitter pula sedang bergelut dengan tindak balas negatif daripada ramai pengguna. Ia bukan sahaja kerana rasa marah terhadap pelan yang dikenakan untuk pengguna, malah Elon Musk juga telah menetapkan polisi baharu.

Going forward, any Twitter handles engaging in impersonation without clearly specifying “parody” will be permanently suspended

— Elon Musk (@elonmusk) November 6, 2022

Tweet ini terhasil oleh kerana beberapa pengguna telah menukar nama mereka kepada “Elon Musk” sebagai tanda pemberontakan mereka terhadap caj tambahan hanya untuk pengesahan blue check mark.

Berkaitan

  • Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status 'Verified'
  • Harga Langganan Twitter Blue Dijangka Meningkat
  • Hentikan Pekerja Besar-Besaran Tanpa Notis Awal, Twitter Disaman
  • Kemas Kini Twitter Di App Store Paparkan Harga Langganan Baharu Twitter Blue
  • Dikatakan Tersilap Buang Pekerja, Twitter Panggil Semula Mereka Yang Dipecat

Oleh kerana isu-isu dan pergelutan ini berlaku, Mastodon menerima perkembangan yang baik terhadap bilangan penggunanya.

Platform sosial ini menerima 489,003 pengguna baharu semenjak 27 Oktober. Tarikh ini dikenal pasti sebagai tarikh perasmian Elon Musk memegang Twitter.

Sumber: Digitaltrends

Gambar: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY