Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter musk

Hentikan Pekerja Besar-Besaran Tanpa Notis Awal, Twitter Disaman

Diterbitkan November 4, 2022 oleh Amalina Athman

Twitter kini dilaporkan telah disaman, berikutan rancangan Elon Musk untuk memberhentikan kira-kira 3,700 tenaga kerja. Pekerja syarikat itu mendakwa tindakan tersebut dilakukan tanpa notis mencukupi, yang melanggar undang-undang perseketuan dan California.

Menurut Bloomberg, Akta Pemberitahuan Pelarasan dan Latihan Semula Pekerja (WARN) persekutuan mengehadkan syarikat besar daripada melakukan pemberhentian beramai-ramai tanpa sekurang-kurangnya 60 hari notis awal.

Berkaitan

  • Elon Musk: Saya Beli Twitter Bukan Sebab Duit Tapi Kerana Sayangkan Manusia
  • Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk - CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan
  • Elon Musk Sahkan Langganan Twitter Blue Akan Naik Harga, Bakal Perkenal Beberapa Ciri Baharu

Melalui tuntutan yang difailkan pada Khamis di mahkamah persekutuan San Francisco, ia meminta mahkamah mengeluarkan perintah yang menghendaki Twitter mematuhi Akta WARN, dan menyekat syarikat daripada meminta pekerja menandatangani dokumen yang boleh melepaskan hak mereka untuk menyertai litigasi atau proses pembicaraan.

Buat masa ini, Twitter tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Twitter dilapor akan membuang pekerja secara besar-besaran bermula hari ini, melalui e-mel yang dihantar kepada pekerja. Dikhabarkan, tindakan Musk untuk mengurangkan separuh daripada tenaga kerja itu adalah bagi mengurangkan kos.

Gambar utama: Search Engine Journal

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY