Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch 9

Kuo: Apple Watch 2024 Dijangka Tidak Akan Dilengkapi Panel MicroLED

Diterbitkan Oktober 11, 2023 · Dikemas kini Oktober 11, 2023 oleh Amalina Athman

Penganalisis Ming-Chi Kuo kini menjangkakan Apple Watch tahun 2024 mungkin tidak menawarkan “pengalaman inovatif yang ketara”.

Berkaitan

  • Apple Watch X Dijangka Ada Rombakan Besar Dengan Sistem Tali Jam Baharu
  • Apple Watch Siri 9 Dilancar, Perkenal Ciri Baru "Double Tap"
  • Apple Watch SE Kini Hanya Berharga RM1,199

Sebagai contoh, Kuo berkata Apple Watch tidak akan menggunakan paparan microLED atau pemantauan glukosa darah pada tahun 2024. Kuo menjangkakan Apple Watch 2025 mungkin menawarkan panel microLED, sambil menambah tidak mengejutkan jika ia ditunda sehingga 2026.

Sebelum ini, Mark Gurman mengatakan Apple merancang untuk melakukan rombakan besar Apple Watch bagi meraikan ulang tahun ke-10 peranti itu. Namun, mengambil kira Apple Watch keluaran pertama diumumkan pada 2014 dan dijual pada 2015, tidak dapat dipastikan jika Apple Watch X akan dikeluarkan pada 2024 atau 2025.

Sementara itu, tidak jelas sama ada ramalan Kuo ini sekali gus menolak pelancaran “Apple Watch X” yang dikhabarkan tahun depan.

Ketika ini, maklumat yang dikongsikan oleh Kuo masih agak kabur. Terdapat banyak kemungkinan dan soalan yang belum terjawab buat masa ini.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/clk18eg
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/clk18eq

Sumber: Ming-Chi Kuo via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY