Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kekal Tegas, Tidak Akan Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”

Kualiti Jadi Sebab Utama Pengguna Setia Dengan iPhone

Diterbitkan April 20, 2026 oleh ariff bukhari

Dalam pasaran telefon pintar yang kompetitif, telefon pintar Apple iPhone adalah yang paling menonjol dengan tahap kesetiaan jenama tertinggi.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Sains, Seni Bina, Teknologi dan Alam Sekitar (IJSATE) mendapati, pengguna iPhone menunjukkan kecenderungan yang kuat untuk membeli semula produk Apple.

Malah mereka juga turut mengesyorkannya kepada orang lain.

Hasil kajian itu mendedahkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi kesetiaan ini termasuklah kualiti produk, di mana pengguna menghargai ketahanan, prestasi dan kebolehpercayaan iPhone.

Selain itu, inovasi teknologi seperti kamera canggih, kemas kini iOS, dan antaramuka mesra pengguna turut memperkukuh persepsi bahawa Apple sentiasa mendahului pesaing.

Imej jenama premium juga memainkan peranan besar, dengan ramai pengguna mengaitkan iPhone dengan status dan prestij.

Kepuasan pelanggan serta sokongan selepas jualan yang kukuh menambah keyakinan pengguna terhadap jenama ini.

Kualiti Jadi Sebab Utama Pengguna Setia Dengan iPhone

Hasil kajian ini juga menunjukkan hasil yang sama dari tinjauan yang dijalankan oleh SellCell baru-baru ini di mana mereka mendapati kesetiaan pengguna iPhone melonjak ke tahap tertinggi iaitu 96.4%, dengan hanya 3.6% sahaja bercadang beralih.

Laporan itu turut menyatakan Apple iPhone mengekalkan dominasi mereka melalui imej premium, ekosistem kukuh, dan kepuasan pelanggan.

Kualiti Jadi Sebab Utama Pengguna Setia Dengan iPhone

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone Kini Sokong Google Live Translate Untuk Semua Fon Kepala
  • iPhone Boleh Lipat Dilapor Berdepan Isu Teknikal, Mungkin Ditunda Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY