Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kualiti Capaian Internet Di 92 Institusi Pendidikan Di Bawah MARA Akan Ditambah Baik

Kualiti Capaian Internet Di 92 Institusi Pendidikan Di Bawah MARA Akan Ditambah Baik

Diterbitkan April 10, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi melalui  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan bagi meningkatkan kualiti capaian Internet di 92 institusi pendidikan di bawah MARA di seluruh negara, meliputi:

  • Maktab Rendah Sains MARA;
  • Institut Kemahiran MARA;
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA;
  • MARA-Japan Industrial Institute;
  • Kolej Poly-Tech MARA;
  • Universiti Poly-Tech Malaysia;
  • Kolej Profesional MARA;
  • Kolej MARA;
  • Universiti Kuala Lumpur;
  • German-Malaysian Institute; dan
  • GIATMARA.

Kualiti Capaian Internet Di 92 Institusi Pendidikan Di Bawah MARA Akan Ditambah Baik

Kerjasama ini juga melibatkan:

  • Kempen Internet Selamat untuk kesedaran keselamatan digital.
  • Khidmat konsultasi bagi penambahbaikan liputan mudah alih & jalur lebar.
  • Eksplorasi teknologi di kawasan kurang liputan.
  • Pembangunan usahawan melalui pembudayaan ICT & e-dagang.
  • Program kompetensi & penyelidikan keselamatan siber untuk melahirkan bakat digital.

Sebagai langkah awal, MCMC memaklumkan mereka telah menilai status liputan Internet di Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek, dengan pemasangan Portable Base Station untuk liputan sementara sebelum menara tetap dibina.

Melalui MoU ini, MARA dan MCMC berharap dapat memperkasa infrastruktur digital, meningkatkan akses telekomunikasi yang lebih efisien, serta melahirkan modal insan digital yang berdaya saing dan celik siber.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Tiga Produk Baharu HONOR Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM999
  • Malaysia Pun Tak Terkecuali, Harga PS Plus Sah Naik Mulai April Ini

Sumber: MCMC, MARA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY