Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTM Komuter Lembah Klang Percuma Pada 10 Dan 11 Februari 2025

KTM Komuter Lembah Klang Percuma Pada 10 Dan 11 Februari 2025

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh ariff bukhari

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook telah menyempurnakan Majlis Sidang Media Thaipusam 2025 di Stesen Komuter Batu Caves, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, YBhg. Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif RAC, YBhg. Dato’ Azhar Ahmad, Ketua Pengarah APAD, YBhg. Datuk Azlan bin Al Bakri dan CEO Rapid Bas, Encik Ku Jamil Zakaria.

Di majlis itu, KTM Berhad memaklumkan akan menyediakan perkhidmatan tren tambahan selama 4 hari 3 malam bermula 9 – 12 Februari 2025 bagi memudahkan perjalanan sempena Thaipusam nanti.

Malah, YB Menteri juga telah mengumumkan tambang perjalanan percuma bagi perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang selama 2 hari, iaitu pada 10 dan 11 Februari 2025.

Selain itu, KTMB memaklumkan, Laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang juga akan beroperasi mengikut jadual penuh untuk memenuhi keperluan penumpang sepanjang sambutan tersebut.

Berkaitan

  • KTMB Bakal Terima Tren ETS Generasi Ketiga Dari China, Mampu Pecut Selaju 160km/j
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025

Sumber: KTMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY