Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 pRO mALAYSIA

Kos Pengeluaran Makin Tinggi, Harga iPhone 16 Mungkin Lebih Mahal

Diterbitkan Oktober 23, 2023 · Dikemas kini Oktober 23, 2023 oleh Amalina Athman

Kos pengeluaran iPhone 15 lebih tinggi berbanding iPhone 14, yang menandakan rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, lapor Nikkei Asia.

Berkaitan

  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya
  • Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun
  • iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan 'Skip' A17 Pro

Kos iPhone 15 Pro Max dianggarkan sebanyak $558 (~RM2,665), merupakan peningkatan 12% berbanding model ‌iPhone 14‌ Pro Max.

Dari 2018 hingga 2021, jumlah kos pembuatan untuk model iPhone paling premium adalah antara $400 hingga $450 atau kira-kira RM2,100. Kos tersebut kemudiannya meningkat sekitar 20% pada 2022, sebelum mencecah rekod yang lebih tinggi pada tahun ini.

Peningkatan itu boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk kerumitan teknologi telefon pintar, kos bahan mentah, dan cabaran yang ditimbulkan oleh kekurangan cip global yang berterusan.

Harga iPhone mungkin lebih mahal

Jika Apple terus menanggung beban kos pengeluaran yang lebih tinggi, keuntungannya mungkin akan terjejas tidak lama lagi. Lanjutan itu, penganalisis membuat spekulasi bahawa syarikat itu mungkin ‘menurunkan’ harga komponen yang meningkat kepada pelanggannya, untuk masa akan datang.

Akibatnya, pengguna Apple mungkin perlu membayar harga yang lebih tinggi untuk model iPhone dari tahun 2024 dan seterusnya.

  • Beli produk Apple di Shopee: https://invl.io/clk3gti
  • Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clk3gtq

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY