Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_August

Kos Bangunkan Media Sosial Tinggi, Bukan Keutamaan Kerajaan Buat Masa Ini – Fahmi

Diterbitkan Ogos 7, 2024 oleh Amalina Athman

Pembangunan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia tidak menjadi keutamaan kerajaan, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia berikutan pembangunan platform media sosial sendiri memerlukan kos yang sangat tinggi. Tambahan lagi, terdapat perkara lain yang perlu diberikan keutamaan seperti menyelesaikan masalah sekolah daif, klinik daif dan sebagainya.

Kos untuk membangunkan sendiri platform media sosial sangat tinggi, dan bukan menjadi keutamaan kerajaan buat masa ini. pic.twitter.com/oH5ATZChYs

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 6, 2024

Walau bagaimanapun, pihaknya tidak melarang sekiranya ada mana-mana pihak swasta di Malaysia yang berminat untuk membangunkan platform sedemikian, serta boleh berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mendapatkan bantuan.

Dalam kenyataan sebelum ini, Fahmi berkata kerajaan sedang meniliti cadangan untuk mewujudkan satu aplikasi media sosial baharu yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Ia susulan terdapat penyedia aplikasi media sosial yang mengaut keuntungan daripada rakyat, tetapi gagal menjamin keselamatan pengguna.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wujudkan Aplikasi Media Sosial Baharu Untuk Rakyat Malaysia
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY