Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Konsol Generasi Akan Datang Xbox Dilaporkan Akan Hadir Pada Tahun 2020

Konsol Generasi Akan Datang Xbox Dilaporkan Akan Hadir Pada Tahun 2020

Diterbitkan Jun 13, 2018 · Dikemas kini Jun 13, 2018 oleh Haikel Areff

Pada persidangan E3 Microsft baru-baru ini, mereka telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses awal membangunkan keluaran terbaru bagi konsol permainan mereka iaitu Xbox. Berkaitan dengan itu, semalam, satu laporan di dalam laman Turrott.com telah menyatakan yang konsol berkenaan dijangka akan menemui peminat pada tahun 2020.

Menurut laporan berkenaan, Xbox yang terbaru itu dikatakan termasuk dalam beberapa peranti yang sedang dibangunkan oleh Microsoft di bawah projek yang diberi kod nama Scarlett. Ini bermakna Microsoft mungkin akan memperkenalkan beberapa peranti lain pada tahun yang sama.

Konsol Generasi Akan Datang Xbox Dilaporkan Akan Hadir Pada Tahun 2020

Microsoft juga dikatakan akan mengekalkan servis penstriman permainanan video generasi terdahulu pada konsol terbaru Xbox berkenaan. Ini bermakna permainan video Xbox One akan dapat dimainkan pada peranti berkenaan.

Bagaimanapun, projek ini dikatakan masih lagi di peringkat awal pembangunannya. Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan mereka akan melancarkan Xbox TV semasa persidangan E3 2016. Namun, akhirnya peranti tersebut telah dibatalkan atas sebab tertentu.

Sehubungan dengan itu, peminat Xbox disarankan agar tidak meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi pada pengumuman terbaru daripada mereka kali ini. Mungkin kita terpaksa menanti sehingga persidangan E3 tahun hadapan untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan perkembangan projek Scarlett oleh Microsoft ini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
©2026 WISER.MY