Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Internet satelit wide

Komunikasi Satelit Mungkin Jadi Trend Telefon Pintar 2023

Diterbitkan Januari 30, 2023 oleh Firdaus

Pada 2022, siri iPhone 14 telah memperkenalkan ciri komunikasi satelit dalam sesebuah telefon pintar. Tidak lama selepas itu, Samsung pula didakwa bakal memperkenalkan ciri sama yang lebih baik untuk siri Galaxy S23 akan datang.

Untuk pengetahuan pembaca, Huawei adalah jenama pertama yang memperkenalkan ciri ini melalui siri Huawei Mate 50 berbanding iPhone 14.

KKMM Mahu Guna Satelit Untuk Tambah Baik Komunikasi Waktu Bencana

Untuk pengetahuan pembaca, bahkan Android 14 juga dikhabarkan bakal tersedia sokongan ciri komunikasi satelit untuk sesebuah peranti itu.

Android 14 Upside_down_cake

Oleh itu, kita boleh lihat pada tahun 2023 ini akan berlakunya persaingan dalam trend komunikasi satelit dikalangan jenama-jenama telefon pintar dalam industri ini.

iPhone 14_3

Ciri komunikasi atau kecemasan satelit ini agak rumit dan kompleks dek kerana Apple sendiri telah berbelanja lebih 2.1 bilion untuk ciri tersebut dalam versi Pro iPhone 14.

Malahan ciri tersebut hanya disokong di negara Amerika dan Kanada sahaja ketika ini.

Ciri komunikasi satelit ini membolehkan pengguna untuk menghantar pesanan teks kecemasan kepada pihak berkuasa melalui sambungan satelit.

Berkemungkinan besar pada tahun ini, setiap jenama akan menawarkan ciri komunikasi satelit ini tetapi dalam bentuk yang berbeza dengan pesaing-pesaing yang lain.

Berkaitan

  • realme 10 Dijangka Hadir Dengan Edisi Minuman Coca-Cola
  • Bekas Pekerja Dakwa Facebook Dengan Sengaja Habiskan Bateri Telefon Pengguna
  • PRISM+ Buka Kedai Terbesar Mereka Di IOI City Mall, Turut Jual Produk Logitech G
  • Selepas CIMB, Kini Maybank Pula Mudahkan Anda Bekukan Akses Terhadap Maybank2U Dan MAE
  • Beberapa Sistem Perkhidmatan Akan Beralih Sepenuhnya Ke Portal Dan Aplikasi myPTPTN Bermula 1 Februari

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY