Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Sistem Perkhidmatan Akan Beralih Sepenuhnya Ke Portal Dan Aplikasi myPTPTN Bermula 1 Februari

Beberapa Sistem Perkhidmatan Akan Beralih Sepenuhnya Ke Portal Dan Aplikasi myPTPTN Bermula 1 Februari

Diterbitkan Januari 30, 2023 ยท Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Amalina Athman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini memaklumkan beberapa sistem perkhidmatan akan beralih sepenuhnya dari portal PTPTN ke portal dan aplikasi myPTPTN bermula 1 Februari 2023.

Berkaitan

  • Cara Membuat Pembayaran PTPTN Melalui Aplikasi Shopee
  • myPTPTN, Aplikasi Baharu Untuk Permudah Urusan Peminjam

Menurut PTPTN, langkah itu adalah sebagai usaha berterusan bagi menambah baik perkhidmatannya serta untuk memudahkan proses transaksi simpanan dan bayaran balik pinjaman.

Berikut adalah antara perkhidmatan yang terlibat:

Simpan SSPN

  • Portal Online Simpanan SSPN Prime (Semakan Penyata Simpanan/Semakan Penyata Pelepasan Cukai/ Deposit/DD)
  • Pembukaan Akaun Simpanan SSPN Prime
  • Penambahan Deposit Simpanan SSPN Prime
  • Permohonan Potongan Gaji

Pinjaman

  • Semakan Penyata Pinjaman (Semakan Penyata/DD/Bayaran Balik)
  • Permohonan Potongan Gaji
  • Pengesahan Baki Pinjaman/Surat Penyelesaian Hutang
  • Permohonan Lebihan Bayaran

Untuk mengakses portal atau muat turut aplikasi myPTPTN di App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery, layari pautan ini.

Sumber: PTPTN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY