Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme coca-cola

realme 10 Dijangka Hadir Dengan Edisi Minuman Coca-Cola

Diterbitkan Januari 30, 2023 ยท Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari yang lalu, sebuah peranti dengan rekaan jenama minuman berkarbonat Coca-Cola telah berlegar-legar di arena web. Berdasarkan rupa telefon tersebut, ia seakan-akan peranti dari realme.

Kini, persoalannya mungkin terjawab. Ini kerana ciapan menerusi akaun rasmi Twitter India telah mengacah kehadiran sebuah telefon pintar baharu.

Something is fizzing at #realme. Watch this space for more: https://t.co/Dcxkz0SBa1#StayTuned pic.twitter.com/wQkfjgOY1R

— realme (@realmeIndia) January 27, 2023

Video acah tersebut memperlihatkan peranti tersebut berada di dalam air dengan teks ‘bubbling’. Tidak terhenti di situ, presiden realme India turut tidak ketinggalan memuat naik siri telefon realme 10 dan boleh dilihat pantulan tin minuman Coca-Cola.

Cheers for real! pic.twitter.com/HMLxhHcQAP

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) January 27, 2023

Ia sekaligus memberi kita gambaran bahawa realme bakal mengeluarkan sebuah edisi khas realme 10 Coca-Cola. Tambahan lagi, ini bukanlah kali pertama realme menampilkan telefon dengan kolaborasi bersama jenama-jenama lain. Jadi, tidak mustahil perkara itu direalisasikan lagi tahun ini.

Sekiranya benar, siri realme 10 edisi minuman ini pasti menawarkan rekaan merah dengan logo, tema khusus, ikon serta nada dering berasaskan jenama Coca-Cola.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran telefon tersebut dalam masa terdekat ini.

Sumber: madhavsheth, realme

Berkaitan

  • realme Sahkan GT Neo 5 Adalah Peranti Pertama Dengan Pengecasan Pantas 240W
  • Kelakuan Monopoli TnG Ke Atas Sistem Pembayaran Tol Tidak Dikira Melanggar Akta - MyCC
  • Pengguna Windows 11 v21H2 Automatik Dikemas Kini Kepada v22H2
  • YouTuber Pegang Rekod Dunia Guinness Pizza Terbesar Yang Baharu
  • Dituduh Punca Kad Kredit Dikenakan Caj, Bondee Keluar Kenyataan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY