Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook drain battery

Bekas Pekerja Dakwa Facebook Dengan Sengaja Habiskan Bateri Telefon Pengguna

Diterbitkan Januari 30, 2023 · Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Amalina Athman

Facebook kini didakwa mempunyai keupayaan untuk sengaja menghabiskan bateri telefon pengguna dengan cepat.

Berkaitan

  • Ini Cara Memadam Semua Log Aktiviti Facebook Anda Yang Disimpan
  • Ubah Segera Tetapan Ini, Elakkan Facebook Tahu Aktiviti Perbankan Dan Laman Sesawang Anda Layari

Bekas pekerja aplikasi Messenger, George Hayward mengatakan proses yang dirujuk sebagai “negative testing” ini membolehkan Facebook secara diam-diam menghabiskan bateri telefon pengguna untuk menguji ciri dalam aplikasi.

Hayward mendakwa dia dipecat pada November kerana enggan melakukan ujian tersebut dan menjelaskan,

I said to the manager, ‘This can harm somebody,’ and she said by harming a few we can help the greater masses.

Dalam tuntutan undang-undang di Mahkamah Persekutuan Manhanttan, dinyatakan tindakan seperti itu akan meletakkan pengguna Facebook dalam risiko, terutamanya ketika benar-benar memerlukannya untuk berkomunikasi dengan pihak polis, penyelamat dan sebagainya.

Dalam pada itu, Hayward berkata tidak dapat dipastikan berapa ramai pengguna yang terjejas dengan ujian yang dijalankan itu, tetapi percaya Facebook telah terlibat dengan amalan tersebut kerana dia telah diberikan dokumen latihan dalaman bertajuk “How to run thoughtful negative tests”, yang mana termasuk contoh eksperimen dijalankan.

Bagaimanapun, tuntutan saman itu terpaksa ditarik balik kerana syarat pekerjaan Meta yang memerlukan Hayward untuk menghujahkan kesnya dalam proses timbang tara.

Sumber: New York Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY