Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 14 Upside_down_cake

Android 14 – Mungkin Akan Perkenalkan Ciri Komunikasi Satelit

Diterbitkan November 16, 2022 oleh Firdaus

Jika ada dikalangan pembaca yang menggunakan peranti daripada siri Pixel 7, kalian berkemungkinan besar akan menjadi yang pertama untuk menggunakan Android 14 ketika ia dilancarkan nanti.

Ketika artikel ini dibuat, Android 14 masih lagi dalam fasa pembangunan. Walaupun masih belum dilancarkan lagi, terdapat 2 perubahan yang boleh kita jangkakan.

Selamat Tinggal Android Beam

Pertama sekali, Google akhirnya dikatakan membuang ciri Android Beam daripada AOSP (Android Open Source Project). Android Beam digunakan untuk menghubungkan 2 peranti untuk menghantar data secara mudah.

Ini Sebab Kenapa Tidak Patut Beli Black Shark 4 Set China

Secara ringkasnya, ia sama seperti Nearby Share yang telah menggantikan ciri tersebut. Isu berlaku kerana Nearby Share ini bergantung kepada Google Mobile Services (GMS).

Telefon/Tablet Huawei Tiada Playstore? Ini Kaedah Yang Anda Boleh Gunakan

Oleh itu, pembangun peranti yang bukan sebahagian daripada perjanjian pelesenan Google sendiri tidak dapat menggunakan ciri tersebut, contohnya seperti Huawei.

Sokongan Komunikasi Satelit

Seterusnya, Timbalan Presiden Kanan Google untuk Android, Hiroshi Lockheimer menyatakan Android 14 akan menyokong komunikasi Satelit.

Berkaitan

  • Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
  • Sebahagian Cip Apple Akan Dibekalkan Dari Amerika Syarikat, Mahu Banyakkan Kilang Di Eropah
  • Pengguna WhatsApp Di Malaysia Sudah Boleh Buat Undian, Ini Caranya
  • Konsep iPhone 15, Mungkin Ini Rekaan Yang Akan Digunakan Apple
  • Ini Senarai Lokasi Terbaru Dengan Akses Liputan Yes 5G

Tambah beliau lagi, Google sedang membangunkan komunikasi untuk satelit dan ciri tersebut bakal tersedia untuk semua dalam versi Android yang seterusnya.

Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pesaingnya Apple telah mula menyokongkan ciri tersebut dalam siri iPhone 14.

Sumber: XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY