Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara JENDELA_Fahmi Fadzil 2024

U Mobile Siapkan 78 Daripada 81 Projek Menara JENDELA Yang Diberi

Diterbitkan November 11, 2024 · Dikemas kini November 11, 2024 oleh Amalina Athman

U Mobile berjaya menyiapkan 78 daripada 81 menara yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat telekomunikasi (telco) itu dalam projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pencapaian syarikat itu jauh lebih baik berbanding beberapa telco lain yang terlibat dalam projek sama, dengan mengambil masa lebih lama untuk mengoperasikan menara mereka.

Ada sesetengah tempat kita dapati menara dah siap tujuh, lapan bulan, sembila bulan, masih belum (beroperasi). Jadi saya dah minta pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) meneliti dan mengeluarkan arahan kepada syarikat telco jangan lengah masa, segera siapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 325 menara telah siap dan beroperasi bagi projek SMART 600 yang dilaksanakan kerajaan Sarawak.

Harapan saya dengan dana sebanyak RM42 juta yang disediakan oleh pihak MCMC bagi pengoperasian menara-menara (SMART 600) ini, lebih banyak menara akan siap dan rakyat akan dapat manfaat.

Sementara itu, Fahmi berkata satu projek rintis telekomunikasi menggunakan teknologi Low Earth Orbit Satellite (LEO Satellite) bakal dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan.

Menurutnya, projek rintis itu bertujuan memanfaatkan teknologi berkenaan, yang membolehkan perkhidmatan telekomunikasi disalurkan terus ke peranti tanpa perlu melalui menara telekomunikasi.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Rangkaian 5G Kedua Akan Dilaksana Oleh U Mobile - MCMC
  • MCMC Perjelas Pemilihan U Mobile Sebagai Penyedia Rangkaian 5G Kedua
  • U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • U Mobile Dan Straits Mobile Investment Setuju Kurangkan Saham Asing

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY