Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Aplikasi Kendiri Google Gemini Kelak Akan Tersedia Untuk iOS

Diterbitkan November 11, 2024 · Dikemas kini November 11, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak dilancarkan, Gemini pada iOS hanya tersedia sebagai sebahagian daripada aplikasi Google (Search).

Dalam perkembangan terbaru, beberapa pengguna mula melihat ketersediaan aplikasi kendiri Google Gemini di Apple App Store.

Gemini iOS_report2
Gemini iOS_report1

Penyenaraian aplikasi Google Gemini itu menunjukkan keupayaan untuk mengakses Gemini Live, yang ketika ini belum pun tersedia dalam aplikasi Google sedia ada. Seorang pengguna di Reddit turut memperlihatkan keupayaan ciri itu.

Gemini iOS_report4
Gemini iOS_report3

Difahamkan, setakat ini hanya terdapat sekurang-kurangnya satu laporan tentang aplikasi Google Gemini yang boleh dimuat turun untuk pengguna di Filipina.

💠 Google will soon launch a standalone Google Gemini app for iPhone / iOS as well, it will be available in the European Union / EEA well. pic.twitter.com/hu5fHtvI5c

— Radu Oncescu (@oncescuradu) November 10, 2024

Di Malaysia, akses kepada aplikasi itu di App Store menunjukkan “Aplikasi ini pada masa ini tidak tersedia di negara atau wilayah anda”, dengan Google mungkin menguji di beberapa negara terpilih sebelum pelancaran yang lebih luas.

Berkaitan

  • Gemini Live Kini Tersedia Secara Percuma Untuk Pengguna Android
  • Semua Pengguna Gemini Kini Boleh Jana Imej Dengan Imagen 3
  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY