Dipercayai milik iOS 9, kod sumber itu dipanggil sebagai iBoot, salah satu arahan yang mengendalikan iPhone ketika ia hendak dihidupkan, dalam kata lain, ia melibatkan pemeriksaan sekuriti pertama yang dilakukan Apple.
Syarikat berpengkalan dari Cupertino itu sudah mengesahkan kesahihan kod sumber berkenaan dan menjelaskan ia berkait dengan perisian tiga tahun lepas.
"Kod sumber lama dari tiga tahun lalu nampaknya telah bocor, tetapi dengan reka bentuk keselamatan produk kami tidak bergantung pada kerahsiaan kod sumber.
Terdapat banyak lapisan perlindungan perkakasan dan perisian yang dibina ke dalam produk kami, dan kami sentiasa menggalakkan pelanggan mengemaskini kepada perisian terbaharu untuk mendapat manfaat daripada perlindungan terkini." ujar Apple kepada TechCrunch.
Identiti individu yang memuat naik kod sumber ke github masih belum dikenal pasti tetapi Apple sudah meminta laman itu untuk memadamkannya. Ia bukanlah kejadian baru kerana difahamkan, kod tersebut sudah dimuat naik lebih setahun yang lalu dilaman Reddit, cuma tidak disedari ramai.
Sumber: Motherboard dan TechCrunch
Berkaitan
- WhatsApp iOS Dapat Ciri Balasan Peribadi Bagi Perbualan Didalam Grup
- Naik Taraf iOS 12 Akan Mula Ditawarkan Pada 17 September
- Apple Akan Cuba Memperbaiki Isu Bateri Yang Bermasalah Dengan Kemaskini iOS
- Switch Turut Tawarkan Harga Menarik Untuk Barangan Apple Sempena Jualan 12.12
- Apple Bekerjasama Dengan Goldman Sachs Hasilkan Kad Kredit Apple Card
- Astro Family Pack Dan Broadband 30Mbps Boleh Dilanggan Pada Harga RM99 Sebulan
- Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
- Black Shark Malaysia Adakan Promosi 2 Hari, Beli Black Shark 3 Pada Harga RM2649
- Asus Zenfone Max Plus M1- Telefon Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9
- Apple Perkenal Smart Battery Case Bagi Model iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR