Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tweet MCMC

KKMM Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Siasat Kes Ciapan Tidak Senonoh Di Akaun Rasmi Twitter MCMC

Diterbitkan Januari 15, 2021 ยท Dikemas kini Januari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan kenyataan siasatan menyeluruh dari semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun rasmi Twitter MCMC akan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Kenyataan tersebut merupakan susulan daripada isu tular yang mengaitkan ciapan lama yang dilihat kurang sopan di akaun rasmi Twitter MCMC pada tahun 2014.

Dalam perkembangan terkini, KKMM telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Kes Ciapan Tidak Senonoh Tahun 2014 di Akaun Rasmi Twitter MCMC.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), KKMM dan dianggotai oleh empat orang ahli.

Sementara itu, siasatan terperinci akan dijalankan bermula 15 Januari 2021 bagi mengenal pasti punca melalui penelitian dokumen, peraturan, kaedah pengendalian serta kemungkinan wujudnya unsur-unsur penyalahgunaan atau penyelewengan.

Sekiranya wujud kecuaian atau salah laku, jawatankuasa tersebut akan mengesyorkan tindakan yang bersesuaian. Antaranya termasuk tindakan tatatertib, surcaj, laporan polis, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau tindakan sivil di mahkamah terhadap pihak yang terlibat.

Sumber: KKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY