Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akaun Rasmi MCMC

KKMM Akan Siasat Isu Tular Berkaitan Akaun Twitter Rasmi MCMC

Diterbitkan Januari 13, 2021 ยท Dikemas kini Januari 13, 2021 oleh Amalina Athman

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjadi topik perbualan hangat di Twitter. Ini kerana, ciapan lama yang dilihat kurang sopan dari akaun Twitter rasmi MCMC telah dimuat naik kembali oleh pengguna platform tersebut.

Bagaimanapun, MCMC melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam telah memaklumkan akaun Twitter rasmi mereka telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab dan digantung buat sementara waktu.

Terkini, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah menyatakan siasatan menyeluruh dari semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter tersebut akan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Sebagai tambahan, beliau mengatakan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab jika didapati berlaku kesalahan. Ianya termasuk sama ada mereka masih lagi berkhidmat di MCMC atau sebaliknya.

Dalam pada itu, KKMM tidak akan berkompromi serta akan bertindak secara telus dalam menangani isu berkenaan.

Sumber: KKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY