Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjadi topik perbualan hangat di Twitter. Ini bermula apabila SKMM mengingatkan kepada pengguna internet agar menjaga kelakuan ketika memberi pandangan secara atas talian.
Peringatan diberikan sejurus perutusan darurat yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada pagi ini. Sudah tentulah ramai pihak yang memberikan pandangan dan menyebarkan maklumat berhubung dengan apa yang sudah terjadi di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Tidak lama selepas itu, tidak semena-mena kicauan lama akaun Twitter rasmi SKMM mula berlegar-legar di garis masa pengguna. Namun kicauan lama ini ada sesetengahnya kurang sopan yang dimuat naik sekitar tahun 2013 dan 2014.
Jika melihat secara keseluruhan, ia adalah merupakan kicauan yang bersifat peribadi yang tidak berkait langsung dengan telekomunikasi atau multimedia negara.
Sedikit ironi kerana jika mengikut apa yang dikicau SKMM, ia langsung tidak menjaga tingkah laku ketika memberi pandangan pada waktu itu.
Tidak lama kemudiam SKMM telah mengunci akaun dan selang beberapa minit akaun rasmi SKMM telah lesap.
Menurut maklumat dari akaun twitter @NazruHakim, beliau pernah menjual akaun berjumlah 50,000 pada satu masa ketika dahulu. Beliau turut menambah akaun tersebut telah dibeli oleh pemilik lain yang kemudiannya mungkin menjualnya kepada pemilik akaun SKMM sekarang.
Hi.
Acc tu aku jual time aku form 3/4. When it was 50k followers. Aku tak delete tweet lama, sbb tk terlintas dlm fikiran.
Tyha. Dia dh jadi ex aku. Jgn tanya kenapa! Hzjsjsjsjs
Aku jual acc tu dkt @/SaidOsem. So aku tak tahu after that acc tu dh jadi official MCMC punya twtr.
— ?? ?? (@NazruiHakim) January 12, 2021
Beliau mula menyedari akaun SKMM yang sekarang ini pernah digunakan beliau satu ketika dahulu disebabkan kicauan dan juga nama individu yang disebut pada kicauan lama itu.
Agak janggal juga, akaun rasmi milik kerajaan tidak melakukan apa-apa pembasmian terhadap akaun tersebut.
Tambahan, lagi pelik jika akaun rasmi kerajaan sebenarnya dibeli dari seseorang individu, bukannya buat akaun baru sahaja.