Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi fitness

Kajian Dedah Aplikasi Diet Dan Kecergasan Beri Kesan Negatif Terhadap Sesetengah Pengguna

Diterbitkan Mac 17, 2025 ยท Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh ariff bukhari

Kajian terkini oleh penyelidik dari Universiti Flinders mendapati aplikasi diet dan kecergasan, walaupun bermanfaat, turut mempunyai kesan negatif terhadap sesetengah pengguna.

Aplikasi seperti ini boleh meningkatkan tekanan untuk mencapai sasaran, mencetuskan kebimbangan imej badan, dan menyebabkan rasa bersalah jika matlamat tidak tercapai.

Laporan dalam kajian itu mendedahkan, penggunaan aplikasi diet cenderung menyebabkan masalah pemakanan seperti kawalan kalori yang keterlaluan, manakala aplikasi kecergasan lebih banyak dikaitkan dengan senaman berlebihan secara kompulsif.

“Kami mendapati bahawa orang dewasa muda yang menggunakan aplikasi diet dan kecergasan mempunyai gejala pemakanan yang lebih tidak teratur, seperti diet berbahaya atau terhad, dan mempunyai pemikiran negatif tentang imej badan jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menggunakannya,” Isabella Anderberg, Kolej Pendidikan, Psikologi dan Kerja Sosial,Universiti Flinders.

Pengguna yang lebih kerap menggunakan aplikasi ini biasanya mengalami simptom gangguan pemakanan dan kebimbangan imej badan yang lebih tinggi.

Namun, kajian turut mendapati bahawa jika aplikasi digunakan untuk tujuan kesihatan umum dan bukan semata-mata untuk menguruskan berat badan atau bentuk tubuh, kesan negatifnya kurang ketara.

Para penyelidik mencadangkan agar aplikasi dilengkapi saringan awal untuk mengenal pasti pengguna berisiko, serta menyediakan sumber sokongan.

Kajian lanjutan disarankan untuk mengkaji faktor risiko individu seperti jantina, sejarah gangguan pemakanan, serta konsep kesempurnaan, terutama dalam kalangan remaja.

Kajian itu telah diterbitkan dalam jurnal Body Image.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Ini 5 Telefon Pintar 2025 Dengan Kamera Cantik Untuk Foto Dan Video Raya
  • Masih Ada Yang Was-Was Bayar Zakat Fitrah Secara 'Online', Ini Penjelasan Mufti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY