Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKD Pertimbang Wajibkan Media Sosial Daftar Dengan MCMC

KKD Pertimbang Wajibkan Media Sosial Daftar Dengan MCMC

Diterbitkan November 2, 2023 ยท Dikemas kini November 2, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mempertimbang untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmatan platform media sosial yang beroperasi di negara ini berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Berkaitan

  • "Pematuhan TikTok Terhadap Undang-Undang Malaysia Masih Tidak Memuaskan" - Fahmi
  • Kandungan Isu Palestin Dan Perkataan 'Hamas' Dakwa Disekat, KKD Akan Jumpa TikTok

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata ketika ini tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan untuk penyedia platform media sosial beroperasi di Malaysia.

Di negara lain, terdapat pelbagai undang-undang untuk menangani isu di platform media sosial. Sebagai contoh, penggunaan Tiktok di India telah disekat, AS melarang penjawat awam memuat turun TikTok di peranti rasmi mereka, manakala Indonesia melarang TikTok Shop.

Lanjutan itu, Fahmi berkata perkara seperti pendaftaran operasi dilihat wajar dilaksanakan bagi memastikan semua platform media sosial memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY