Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-08-15 at 8.10.13 PM

KissAnime Dan KissManga Ditutup Selama-Lamanya

Diterbitkan Ogos 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sejak bertahun-tahun peminat anime dan manga sedia menikmati kandungan digital kedua-duanya secara “percuma” diinternet. Namun terbaharu, pasti mengejutkan peminat kerana laman web popular KissAnime dan KissManga dilaporkan telah ditutup sepenuhnya.

Laman web “rasmi” tersebut kini tidak boleh lagi diakses oleh pengguna dan menurut perkongsian di Reddit, ia ditutup sekitar pukul 10 malam 14 Ogos.

Pemberitahuan juga dibuat oleh KissAnimeSupport yang menyatakan “KissManga and KissAnime will be closed forever. Thank you for your supports ☹ Thank you for those years.” Langkah penutupan ini adalah berikutan isu hakcipta kesemua kandungan digital yang dikongsikan laman tersebut.

Screenshot 2020-08-15 at 8.08.16 PM

Menurut Kyodo News, parlimen Jepun sebulat suara menggubal undang-undang anti cetak rompak dalam talian berkaitan kawalan hak cipta, larangan muat turun manga, majalah, teks akademik, selain muzik dan video yang sudah dilindungi oleh peraturan sedia-ada.

Tambahan lagi, undang-undang tersebut turut digunapakai pada ‘leech websites’ yang menawarkan pautan muat turun kepada kandungan cetak rompak.

Difahamkan larangan muat turun kandungan cetak rompak akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 sementara larangan melibatkan “leech website’ pula bermula 1 Oktober ini.

Usul mengenai kemaskini undang-undang tersebut dibuat lanjutan daripada peningkatan laman web yang menawarkan kandungan cetak rompak.

Terdahulu dilaporkan laman Mangamura mencatat akses 100 juta sebulan sebelum disekat pada April 2018 telah mengakibatkan penerbit kandungan mengalami kerugian 300bilion yen. Antara manga popular yang kerap dicetak rompak adalah seperti Attack on Titan dan One Piece.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY