Namun, satu kiriman tweet yang dibuat oleh akaun rasmi PlayStation Russia @PlayStationRU telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat-peminat PlayStation.
https://twitter.com/PlayStationRU/status/1014138300691505152
Kiriman yang dibuat dalam bahasa Russia itu memberi maksud 'Bersedialah'. Ia juga disertakan sebuah imej yang kelihatan seperti konsol PlayStation 4 Pro dengan simbol X gergasi di sebelahnya. Kiriman ini telah dibuat beberapa hari yang lepas namun mula menjadi tular sejak semalam(5 Jun).
Perkara ini telah menyebabkan peminat-peminat PlayStation memberi tekaan mereka sendiri tentang apa yang cuba disampaikan melalui kiriman berkenaan. Antara tekaan yang popular semestinya ia merupakan satu iklan acah bagi konsol Playstation 5.
Ramai yang berpendapat bahawa Sony tidak mahu ketinggalan dengan pesaing utama mereka iaitu Microsoft. Ini kerana Microsoft sebelum ini telah mengesahkan bahawa konsol generasi seterusnya bagi Xbox sedang dibangunkan dan bakal dilancarkan pada tahun 2020.
Walaubagaimanapun, terdapat juga satu dakwaan bahawa Sony akan membenarkan permainan PlayStation One dimainkan pada konsol PS4. Dakwaan ini agak kukuh berdasarkan kewujudan simbol X pada imej yang disertakan kiriman berkenaan kerana PS One juga dikenali sebagai PSX.
Satu lagi kemungkinan kurang popular berkenaan perkara ini ialah kiriman tersebut merupakan promosi bagi acara PSX 2018 yang akan berlangsung Disember ini. Jika benar, ianya pasti akan mengecewakan para peminat PlayStation. Sama-sama kita nantikan kenyataan lanjut dari pihak Sony sendiri berkenaan perkara ini.
Sumber
Berkaitan
- ZTE Quartz , Jam Pintar Android Pertama Dari ZTE Dengan Bateri Besar 500mAh
- WhatsApp Cuma Benarkan 5 Kali Pemanjangan Mesej Selepas Ini
- Choetech, Port Pengecasan 55W #ShoppingApaBro
- Pra-Jualan Tiket Avengers: Endgame 5 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Infinity War
- Light Umum Kerjasama Dengan Xiaomi & Sony Untuk Hasilkan Telefon Multi-Kamera Di Masa Hadapan
- PUBG Dijangka Ke PlayStation 4 Bulan Hadapan
- Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini
- Vivo Beri Peluang Pembeli V15 & V15 Pro Bawa Pulang DJI Tello Drone Secara Percuma
- Kemaskini PUBG Mobile 0.9.0 Bakal Tersedia 25 Oktober Ini, Bawa Beberapa Pembaharuan Menarik
- Samsung Soundbar N650, Memang Mengancam!