Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GRAB150_Samsung Promo

Kini Anda Boleh Beli Barangan Samsung Dengan GrabPay atau PayLater by Grab

Diterbitkan April 27, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan kempen baharu yang membolehkan anda membeli Peralatan Rumah dan Monitor Samsung terpilih dengan mudah menggunakan GrabPay atau PayLater by Grab.

Kemudahan Beli sekarang, bayar kemudian tanpa faedah atau yuran tersembunyi ini sekaligus memberikan pengguna kaedah pembayaran dalam talian yang lebih bermanfaat dan mudah untuk barangan Samsung idaman anda.

GRAB150_Samsung Promo

Selain itu, dengan menggunakan kod ‘SAMDEALS150’ khusus untuk pembelian berharga RM1,000 ke atas, anda juga boleh menikmati diskaun RM150 apabila anda membeli peralatan dan monitor digital rumah Samsung terpilih dari sekarang hingga 31 Mei 2023.

samsung SAMDEALS150

Malah Samsung Malaysia juga memberikan diskaun sebanyak 10% untuk pembelian pertama anda melalui Samsung Online Store apabila anda mendaftar sebagai pengguna baharu dari 30 April hingga 1 Mei 2023! Pendaftaran boleh dibuat di https://www.samsung.com/my/online-store/ untuk rebut peluang ini.

Untuk info lanjut berkaitan tawaran ini, layari laman rasmi https://www.samsung.com/my/online-store/samsung-grab/.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
  • Jabra Bawa Masuk Siri Evolve2 Dan Speak2 Ke Malaysia
  • CelcomDigi Lanjutkan Akses 5G Percuma Hingga 31 Mei 2023

Sumber: Siaran Media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY