Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kilang Bioteknologi Terkemuka Di Kerteh Dikhabar Akan Tamatkan Operasi Oktober Ini

Kilang Bioteknologi Terkemuka Di Kerteh Dikhabar Akan Tamatkan Operasi Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 2, 2026 · Dikemas kini Oktober 2, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat bioteknologi global terkemuka dari Korea Selatan, CJ Bio dikhabarkan akan menamatkan salah satu operasi global kilang mereka yang terletak di Kerteh, Terengganu pada 15 Oktober 2026 ini.

Ia berdasarkan perkongsian di media sosial Facebook serta Threads oleh para pekerja kilang tersebut hari ini.

CJ Bio Malaysia Sdn Bhd (CJM) ialah sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan oleh CJ CheilJedang Corporation (pemegang saham utama) dari Korea Selatan.

CJM merupakan pengeluar asid amino makanan ternakan bertaraf global yang membekalkan produk kepada pelanggan di enam benua.

Dengan memanfaatkan teknologi penapaian mikrob, bioteknologi dan penulenan termaju milik CJ, CJM berupaya menjadi pengeluar bio-metionin berskala komersial yang pertama dan satu-satunya di dunia.

Syarikat ini mempunyai 9 kilang di 6 buah negara termasuklah 2 di China, 2 di Brazil, 2 di Indonesia, dan 1 masing-masing di AS, Vietnam dan Malaysia.

Ini bermakna, dengan penamatan operasinya di Malaysia, kilang pengeluaran produk CJ Bio kini tinggal 8 sahaja di seluruh dunia.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak CJ Bio Malaysia.

CJ Bio Malaysia Sdn Bhd merupakan antara kilang industri yang telah banyak menyumbang kepada ekonomi negeri Terengganu seperti  menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kilang TV Panasonic Di Malaysia Akan Ditutup, 400 Pekerja Terjejas
  • Pekerja Micron Taiwan Kata Bonus 68 Bulan Tidak Cukup, Ugut Mogok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY