Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
540985815_1076566911292539_2944133777061619734_n (1)

Projek MY-BLUE: Kemudahan Bateri Kuasa Skala Besar Di Selangor Siap Dibina

Diterbitkan April 28, 2026 · Dikemas kini April 28, 2026 oleh ariff bukhari

Projek MY-BLUE di UMW Industrial Park, Selangor dengan keluasan keseluruhan lebih 110,000 m² akhirnya berjaya disiapkan.

Projek yang disempurnakan oleh China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) ini merangkumi kerja awam, pemasangan mekanikal/elektrikal, kemasan dalaman dan dinding tirai.

Kewujudan fasiliti ini bakal menjadi tonggak penting dalam memperkukuh rantaian industri bateri kuasa di Asia Tenggara dengan mempercepatkan lagi peralihan tenaga, memenuhi permintaan bateri kuasa yang semakin meningkat di Asia Tenggara dengan lebih baik, dan menyumbang kepada pembangunan pengangkutan lestari di seluruh rantau ini.

Projek MY-BLUE: Kemudahan Bateri Kuasa Skala Besar Di Selangor Siap Dibina
CSCEC telah menyiapkan projek MY-BLUE di negeri Selangor, Malaysia, dengan menyediakan lebih 110,000 meter persegi kemudahan perindustrian untuk menyokong rantaian industri bateri kuasa serantau. Kaedah pembinaan digital meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran bahan dan memendekkan jadual, di samping mewujudkan peluang pekerjaan tempatan.

Keistimewaan projek ini ialah penggunaan platform pembinaan digital yang meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran bahan sehingga 60% dan mempercepatkan jadual siap sebanyak 20 hari.

Projek ini turut melibatkan lebih 350 pekerja tempatan serta jurutera Malaysia terlibat, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi.

Projek MY-BLUE: Kemudahan Bateri Kuasa Skala Besar Di Selangor Siap Dibina

Kilang ini merupakan salah satu fasiliti terbesar yang berada di dalam UMW High Value Manufacturing (HVM) Park di Serendah, Selangor.

UMW HVM Park merupakan taman perindustrian seluas 861 ekar yang direka untuk menjadi pusat kecemerlangan industri berasaskan kelestarian.

Dengan infrastruktur siap guna, keselamatan bertaraf tinggi serta kemudahan kuarters pekerja berpusat (CLQ), ia menawarkan ekosistem perniagaan yang lengkap dan moden.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga
  • EU Tetapkan Semua Telefon Pintar Dijual Dengan Bateri Mudah Diganti Bermula 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY