Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
solar storm

Bumi Diramal Dihentam Ribut Solar Selaju 2 Juta Km/j 3 Hari Berturut-Turut

Diterbitkan Ogos 17, 2022 · Dikemas kini Ogos 17, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada semakan data terkini yang dikongsikan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, Bumi diramal akan dihentam ribut solar selama 3 hari berturut-turut.

Dikategorikan sebagai berkekuatan kelas X, ribut solar itu dijangka melanda Bumi pada 17, 18 dan 19 Ogos 2022. Ribut solar terkuat diramal landa Bumi pada 19 Ogos nanti.

Sebagai perbandingan, NASA menyatakankan bahawa ribut solar kelas X adalah berkekuatan 10 kali ganda daripada ribut solar kelas M dan 100 kali ganda lebih kuat dari kelas C.

ribut solar

Berkaitan

  • Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
  • 40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar
  • Agensi Angkasa Malaysia Sahkan Kejadian Ribut Solar Kelas G2 Melanda Bumi

Ribut solar itu berlaku apabila berlakunya hamburan Jisim Korona (CME)  yang terhasil hanya daripada 1 tompok Matahari sahaja iaitu tompok Matahari AR3076 yang dirakam oleh kapal angkasa SDO (Solar Dynamics Observatory) milik NASA pada 14 Ogos 2022 lalu.

Berikutan itu dijangkakan akan berlaku fenomena Aurora yang boleh dilihat di Kanada dan Alaska.

Malah ribut solar ini juga berpotensi menyebabkan gangguan kuasa elektrik, mengganggu  posisi satelit di orbit serta gangguan rangkaian gelombang radio berfrekuensi tinggi.

Sumber: met.gov.my), Spaceweather.com,  NOAA,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY