Coolaler, sebuah forum di laman sesawang China telah mendedahkan beberapa cip pemprosesan Intel generasi ke-9. Salah satunya adalah cip Core i9-9900K dengan 8 teras/ 16 bebenang yang jika menjadi kenyataan, akan menjadi cip pertama dari Intel yang menggunakan 8 teras untuk kelas arus perdana.
Jika mengikut bebenang di forum tersebut, cip Core i9-9900K tersebut akan mempunyai clockspeed asas sebanyak 3.6GHz dan boleh ditingkatkan sehingga 5GHz secara teras tunggal dan 4.7GHz untuk semua teras. Ia juga datang dengan memori 16MB untuk L3 cache dan 95W TDP. Jika benar, prestasi yang dihasilkan cip ini adalah mengkagumkan jika dibandingkan dengan cip ulang tahun Core i7-8086K.
Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86
Tidak dipastikan bila Intel akan mengumumkan pelancaran cip pemprosesan generasi ke-9 mereka tetapi dengan pengeluar papan induk sedang mengemaskini produk mereka, tarikh tersebut mungkin sudah hampir.
Sumber: PC Gamer, Intel
Berkaitan
- ARCore Semakin Dekat Untuk Dilancarkan Oleh Google
- Overclocker Profesional Tetapkan Rekod Dunia Dengan Intel Core i9-9900K
- MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?
- ROG Zephyrus M16 Dilancarkan - Lengkap Dengan Cip Intel i9, RTX 3060/3070
- Ketua Grafik AMD Bertukar Kapal Ke Intel
- Samsung Bakal Memotong Intel Sebagai Pembuat Cip Terbesar Di Dunia
- Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11
- Apple Disaman Untuk Teknologi FaceTime Yang Dikatakan Melanggar Paten Harta Intelek Uniloc
- Intel Tambah Fasiliti 14nm Bagi Memastikan Permintaan Cip Mereka Dapat Dipenuhi
- Principled Technologies Keluarkan Hasil Ujian Perbandingan CPU Intel i9-9900K Dengan Ryzen 7 2700X Yang Terkini