Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86

Intel baru-baru ini melancarkan cip pemprosesan Core i7 8086K berdasarkan senibina Coffee Lake bagi mengingati cip lagenda Intel 8086, nenek moyang kepada cip menggunakan senibina  x86 yang wujud pada hari ini.

Intel telah mengeluarkan infografik mengenai perkara tersebut dan membandingkan spesifikasi di antara kedua-dua cip tersebut seterusnya menunjukkan pencapaian yang dapat dicapai seiring dengan teknologi pada hari ini.



Sebagai permulaan, perbezaan jumlah transistor di antara kedua-dua sangatlah jauh. Ini terhasil disebabkan kemampuan teknologi yang berbeza pada ketika itu dan juga sekarang. Sebagai contoh, Intel 8086 pada 1978 menggunakan teknologi fabrikasi 3000nm berbanding Core i7-8086K yang menggunakan 14nm.

Untuk clockspeed tertinggi, 8086 (1978) hanya mencapai sehingga 5MHz manakala 8086K mencecah sehingga 5GHz; peningkatan sehingga 1000 kali ganda.

Cukup mengkagumkan bila memikirkan apa yang teknologi terkini tawarkan berbanding pada masa lalu. Dengan teknologi fabrikasi mula memasuki ke era 7nm dan 5nm, kita hanya boleh membayangkan apa yang teknologi masa hadapan dapat tawarkan kepada pengguna.

Sumber