Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keychron K2 HE Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM589

Keychron K2 HE Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM589

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Pengeluar peranti papan kekunci terkemuka, Keychron, telah melancarkan K2 HE Wireless Magnetic Custom Keyboard, yang menggabungkan teknologi mekanikal tradisional dengan manfaat teknologi magnetik terkini. Papan kekunci ini telah dinobatkan sebagai CES Innovation Awards 2025 Honoree dalam kategori “Peripherals & Accessories”, memperkukuh kedudukan Keychron sebagai jenama papan kekunci terkemuka.

Keychron K2 HE ialah papan kekunci tataletak 75% tanpa wayar yang boleh disesuaikan sepenuhnya. Ia menggantikan sentuhan fizikal tradisional dengan sensor magnetik canggih yang mengukur kedalaman aktuasinya dengan tepat. Dilengkapi dengan Gateron double-rail magnetic switches, titik aktuasinya boleh dilaraskan, bersama teknologi rapid trigger yang meningkatkan reaksi pantas untuk gaming dan pengalaman menaip yang lebih lancar.

photo_2025-01-13 15.43.57
photo_2025-01-13 15.43.58

Papan kekunci ini serasi dengan macOS, Windows, dan Linux serta menyokong pelbagai mod sambungan seperti 2.4 GHz wayarles, Bluetooth 5.1, dan berwayar. Dibina untuk ketahanan, K2 HE mempunyai rangka aluminium yang kukuh, disertakan dengan panel kayu rosewood semula jadi – kayu cerah untuk versi putih dan kayu gelap untuk versi hitam edisi khas.

photo_2025-01-13 15.43.59 (1)
photo_2025-01-13 15.43.59
photo_2025-01-13 15.44.00

Dilengkapi dengan OSA profile double-shot PBT keycaps, K2 HE menawarkan pengalaman menaip yang memuaskan. Pengguna juga boleh menyesuaikan panel kayu dengan ukiran reka bentuk atau teks mengikut pilihan peribadi.

Keychron K2 HE dijual pada harga RM589 dan RM629 untuk versi standard serta edisi khas. Ia sudah boleh dibeli di stor rasmi Keychron, Shopee, Lazada dan rakan pengedar yang sah.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm7pwn

Lazada – https://invol.co/clm7pwr

Berkaitan

  • Logitech G Perkenal G915 X, Papan Kekunci 'Gaming' Pada Harga Permulaan RM899
  • Logitech G Lancar Tetikus Siri PRO Baharu Dan Papan Kekunci Khas Untuk Atlet E-Sukan
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: siaran media Keychron

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY