Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-09-26 at 3.59.21 PM (2)

Logitech G Perkenal G915 X, Papan Kekunci ‘Gaming’ Pada Harga Permulaan RM899

Diterbitkan September 26, 2024 · Dikemas kini September 26, 2024 oleh Rushsyafizal

Logitech G turut melancarkan papan kekunci gaming terbaharu, siri G915 X. Dengan ketinggian hanya 23mm, G915 X merupakan papan kekunci tanpa wayar profil rendah yang paling nipis pernah dihasilkan Logitech G. Papan kekunci ini menggabungkan teknologi terkini dan rekaan premium, menawarkan pengalaman permainan terbaik untuk pemain yang mementingkan prestasi tinggi.

WhatsApp Image 2024-09-26 at 3.59.21 PM
WhatsApp Image 2024-09-26 at 3.59.21 PM (1)
WhatsApp Image 2024-09-26 at 3.59.21 PM (2)
WhatsApp Image 2024-09-26 at 3.59.22 PM

Papan kekunci ini memperkenalkan suis galvanik yang direka semula dengan batang jenis silang yang memberikan kestabilan lebih baik dan pengalaman menaip lebih senyap. Selain itu, jarak pengaktifan suis dikurangkan dari 1.5mm kepada 1.3mm untuk respons yang lebih pantas, dan kekunci PBT berganda memastikan ketahanan lebih lama.

G915 X juga mengekalkan sambungan tri-mode dengan LIGHTSPEED Wireless, Bluetooth, dan mod berwayar. Hayat bateri ditingkatkan, dengan papan kekunci bersaiz penuh menawarkan hingga 800 jam penggunaan tanpa pencahayaan lampu kekunci.

Tersedia dalam versi penuh atau TKL, siri G915 X kini boleh didapati di kedai rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee dengan harga bermula dari RM899 hingga RM1099.

Beli produk Logitech di:

Shopee – https://invl.io/cllqch6

Lazada – https://invol.co/cllqcha

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • MediaTek Dimensity 9400 Sah Dilancarkan Pada Oktober Depan
  • CTO Mira Murati, Dua Eksekutif Penyelidikan Tinggalkan OpenAI
  • Orion, Cermin Mata AR Pertama Meta

Sumber : Siaran Media Logitech G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY