Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKOREA-ECONOMY-SEMICONDUCTORS-SK HYNIX

Kesatuan Pekerja SK hynix Setuju Terima 50% Bonus Dalam Bentuk Tunai, 50% Saham Syarikat

Diterbitkan September 17, 2026 oleh ariff bukhari

Pekerja berkesatuan di gergasi cip memori Korea Selatan, SK hynix, telah meluluskan perjanjian tentatif baharu mengenai gaji bersama pihak pengurusan, kata syarikat itu pada Rabu, dalam pertikaian terbaharu berhubung bonus bagi pekerja semikonduktor di Asia.

Lonjakan permintaan terhadap cip komputer yang digunakan untuk melatih dan menjalankan kecerdasan buatan (AI) telah melonjakkan keuntungan syarikat pengeluar di Korea Selatan serta pesaing global mereka.

Perkembangan ini telah mendorong jurutera dan pekerja lain untuk menuntut pembayaran yang lebih tinggi menerusi perundingan tegang di syarikat-syarikat terbabit, termasuk pesaing utama SK hynix seperti Samsung Electronics dari Korea Selatan dan gergasi AS, Micron.

SK hynix pada Rabu memaklumkan bahawa ia telah bersetuju untuk membayar separuh daripada kesemua bonus perkongsian keuntungan dalam bentuk tunai.

Skim bonus syarikat itu, yang mana 10 peratus daripada keuntungan kendalian diperuntukkan untuk pekerja, dianggap sebagai perjanjian buruh yang signifikan semasa ia mula diperkenalkan tahun lalu.

Walau bagaimanapun, perselisihan faham timbul kemudiannya berhubung cadangan pihak pengurusan untuk membayar lebih banyak bonus dalam bentuk saham berbanding tunai.

Jadi, di bawah perjanjian terbaharu itu, bonus perkongsian keuntungan dibahagikan secara sama rata antara tunai dan saham syarikat, sekali gus meminda cadangan awal sebelum ini iaitu pembahagian 40-60 bagi tunai dan saham, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Perjanjian ini dicapai selepas kira-kira dua minggu perundingan semula dijalankan susulan tindakan pekerja berkesatuan menolak perjanjian asal pada Ogos lalu, dengan lebih separuh daripada mereka mengundi menentangnya.

Namun begitu, perjanjian yang telah disemak semula itu telah diluluskan oleh lebih 57 peratus ahli kesatuan pada bulan ini, kata SK hynix.

SK hynix, bersama-sama Samsung dan Micron, mendominasi pasaran global bagi memori jalur lebar tinggi (high-bandwidth memory) yang digunakan dalam pelayan AI bersampingan dengan semikonduktor pemprosesan data yang lain.

Samsung berjaya mengelakkan mogok pada Mei lalu selepas bersetuju dengan perjanjian untuk mengagihkan bonus setara dengan 10.5 peratus daripada keuntungan kendalian kepada pekerja semikonduktor mereka.

Sementara itu, Micron minggu lalu menyatakan bahawa pekerjanya di Taiwan bakal menerima bonus bernilai sehingga lima tahun delapan bulan gaji, selepas kesatuan pekerja mengancam untuk melakukan mogok berhubung sistem bonus syarikat berkenaan. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Mogok Batal, Pekerja Samsung Setuju Bonus ~RM1.4 Juta Seorang
  • Selepas Ancaman Mogok, Pekerja Micron Di Taiwan Bakal Terima Bonus Sehingga 68 Bulan Gaji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY