Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ePenjana RM50

Kerajaan Umum Pemberian RM50 Untuk e-Dompet

Diterbitkan Jun 5, 2020 · Dikemas kini Jun 5, 2020 oleh Helmi Samsuri

Melalui Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disampaikan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kerajaan telah mengumumkan inisiatif ePenjana.

Melaluinya, rakyat Malaysia bakal menikmati RM50 yang akan dikreditkan pada e-Dompet. Selain itu, ia turut dipadankan dengan baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

Ia akan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas serta mempunyai pendapatan tahunan kurang RM100,000 setahun.

Buat masa sekarang, masih belum dimaklumkan lagi platform e-Dompet mana yang akan terlibat. Dibandingkan dengan program terdahulu iaitu eTunai Rakyat, insentif sebanyak RM30 telah diberikan dan ia melibatkan e-Dompet seperti Touch n’ Go, Grab dan Boost.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY