Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Salur RM80 Juta Kepada MIMOS Untuk Percepat Pelaksanaan Digital ID

Kerajaan Salur RM80 Juta Kepada MIMOS Untuk Percepat Pelaksanaan Digital ID

Diterbitkan November 22, 2023 · Dikemas kini November 22, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.

Berkaitan

  • PM Gesa Projek ID Digital Dipercepatkan
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada minggu depan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mempercepat pelaksanaan program berkenaan. Menurutnya,

Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan..

Beliau turut memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program ID Digital juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini.

Tambahnya lagi, ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY