Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Rancang Bangunkan Model AI Tempatan Guna Bahasa Malaysia Sepenuhnya

Kerajaan Rancang Bangunkan Model AI Tempatan Guna Bahasa Malaysia Sepenuhnya

Diterbitkan September 4, 2025 ยท Dikemas kini September 4, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini sedang memperhalusi pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) versi tempatan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, bagi menyokong kedaulatan digital, memastikan keselamatan data negara serta mengurangkan kebergantungan syarikat asing.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata insiatif dikenali Model Bahasa Raya Kebangsaan (NLLM) itu dilaksanakan kementeriannya dengan kerjasama pihak industri, universiti dan penyedia tempatan. Ia merangkumi pembangunan model, kejuruteraan data, infrastruktur pengkomputeran serta pusat data.

“…agenda AI dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan digerakkan secara terancang, berfasa dan inklusif, dengan penekanan kepada infrastruktur, celik digital, pendidikan serta sokongan kepada komuniti luar bandar. “

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa cadangan membangunkan Islamic Artificial Intelligent System akan diteliti bersama pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Langkah ini selari dengan usaha kerajaan untuk membangunkan AI beretika yang berteraskan nilai Malaysia.

Berkaitan

  • YTL AI Labs Lancar ILMU - Model AI 100% Malaysia
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY