Masih ramai lagi pengguna Facebook berkongsikan gambar dalam usaha memperlihatkan keupayaan kamera peranti mereka tanpa mereka sedari gambar yang dimuat naik mereka di FB sudah di dimampatkan saiznya.
Facebook merupakan platform media sosial dengan berjuta pengguna. Jadi untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar, mereka telah menetapkan saiz maksimum untuk setiap gambar yang anda muat naik ke FB, bermakna gambar anda telah dikecilkan saiznya lalu menyebabkan penurunan kualiti.
Melalui garis panduan Facebook, kelebaran maksimum yang dibenarkan ialah pada 2048p. Gambar anda juga akan dimampatkan jika saiznya melebihi 100kb. Jadi untuk mengelakkan gambar anda dimampatkan, guna gambar maksimum 99Kb.
Kaedah pemampatan gambar juga bukan sahaja meringankan aplikasi, malah ianya juga dapat menjimatkan storan dan mempercepatkan masa loading media di ruang Facebook.
Untuk perbezaan, saya memuat naik hasil gambar 24MP pada saiz 2048 × 1365 dengan saiz fail 1.1Mb ke Facebook dan kemudian saya memuat turun semula gambar tersebut yang telah dimampatkan saiznya ke 131Kb sahaja.
Saya agak teruja juga dengan keupayaan FB yang mampu mengecilkan saiz gambar tanpa menghilangkan sepenuhnya ketajaman gambar walaupun hasil gambar nampak penurunan dari segi kualiti. Kerana jika dilihat dengan mata kasar, agak mustahil untuk anda nampak perbezaannya.
Ada satu cara untuk mengekalkan kuliti gambar yang dimuat naik. Gambar anda tetap akan dikecilkan tetapi sekurang-kurangnya gambar yang dimuat naik adalah dalam format HD.
Pergi ke Settings, cari Videos and Photos, kemudian anda perlu mengubah tetapan HD untuk gambar dan video.
Cara ke-2 adalah memuatnaik fail berformat PNG. Facebook tidak akan mengubah jika gambar yang dimuat naik dalam bentuk PNG. Format PNG ni macam kryptonite FB. Kemudian, jika anda menggunakan perisian Adobe Photoshop, anda tidak disarankan simpan gambar dalam format JPG pada kualiti melebihi aras '10'.
Sekian. Semoga bermanfaat.
Berkaitan
- Red Dead Redemption 2 Ambil Masa Selama 60 Jam Untuk Menghabiskan Misi Utama
- Huawei Mate 30 Pro Dikatakan Akan Hadir Dengan Tetapan 5 Kamera Utama
- FB News Feed- Masa Loading Yang Pantas Untuk Ke Laman Web Luar Akan Diutamakan
- Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
- Spesifikasi Nokia X71 Terdedah Menjelang Pelancaran, Hadir Dengan Tri-Kamera Utama & Snapdagon 660
- Ciri 'Pin Chat' WhatsApp, Pilih 3 Kenalan Untuk Dijadikan Keutamaan
- Google Home Akan Menjadi Pesaing Utama Amazon Echo
- Oppo Find X Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 845, Dwi-Kamera Utama
- HONOR 10i Tersenarai Di Huawei Store Rusia, Tampil Dengan Tetapan Tri-Kamera Utama
- Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama Lagi