Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Diterbitkan Oktober 15, 2018 · Dikemas kini Oktober 15, 2018 oleh Haikel Areff

Kebiasaanya kita hanya mengetahui jenama kamera digital single-lens reflex camera (DSLR) yang ada di pasaran seperti Nikon, Canon, dan Sony. Tetapi pernahkah kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya. Pemilihan lensa yang tepat, mempengaruhi gambar yang dihasilkan.

Sekiranya anda ingin membeli lensa, lihatlah kepada fungsi dan kegunaannya supaya gambar yang diambil nanti memenuhi apa yang anda inginkan. Tidak semestinya lensa yang panjang menghasilkan gambar yang cantik, ia bergantung kepada jenis gambar yang anda ingin ambil, jarak dan juga cahaya yang masuk.

Lensa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya standard lensa yang biasanya didatangkan sekali dengan kamera DSLR. Biasanya standard lensa ini dalam kadar 18-55 mm. Ia sesuai digunakan untuk yang baru belajar mengambil gambar dan juga digunakan untuk semua aktiviti “indoor” atau “outdoor”. Gambar yang ditangkap menggunakan lensa ini menunjukkan ciri semula jadi seperti apa yang dilihat oleh jarak mata manusia.

standard lens
Kredit: www.usa.canon.com

Lensa Ultra atau Wide Angle  sesuai digunakan untuk mengambil gambar sudut pandang yang luas seperti landskap. Ia menonjolkan objek dan juga imej belakang. Biasanya, lensa ini digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan. Contohnya Sigma 14-24mm, Tamron 15-30mm dan Canon EF 16-35.

wide angle lens
Kredit: www.amazon.com

Selain itu, kanta telefoto atau lensa zoom membolehkan anda mengambil gambar pada jarak yang jauh dengan jelas. Contohnya, wartawan atau media akan duduk di tepi padang untuk mengambil gambar pemain bola atau atlet. Ia turut digunakan untuk mengambil gambar potret. Kanta telefoto pendek 85mm-135mm sesuai untuk mengambil gambar pada jarak dekat dan sederhana, manakala kanta 135mm-300mm boleh menangkap gmbar sederhana dan jauh dan kanta super telephoto 300mm+ sesuai untuk mengambil gambar sukan dan hidupan liar.

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera
Kredit: loadedlandscapes.com

[table id=16 /]

Lensa Makro pula direka untuk mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat. Contohnya close-up gambar haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ciri Minimum Focus Distance (MFD) hanya dilengkapi pada kamera ini sahaja, kerana kamera lain tidak boleh mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat kerana fokusnya akan berkurangan.

macro lens
Kredit: www.bhphotovideo.com

Lensa Prime tidak boleh di zoom in atau zoom out tetapi ia mampu menghasilkan gambar berserta bokeh yang lebih cantik berbanding lensa lain. Korang tak perlu risau untuk gunakan lensa ini dalam keadaan gelap kerana ia mempunyai nilai aperture yang tinggi.

prime lens
Kredit: www.bhphotovideo.com

Efek melengkung yang dihasilkan menggunakan fisheye lensa biasanya digunakan oleh jurufoto untuk mengambil gambar-gambar kreatif dan landskap.

Sebelum membeli sebarang lensa, korang harus bandingkan fungsi dan keistimewaannya supaya tak membazir dan boleh memberi manfaat pada korang.

Sumber: tarmizishukri.com, photographymad, photographymad, colesclassroom

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY