Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemuncak Hujan Meteor Geminids Dijangka Hujung Minggu Ini

Kemuncak Hujan Meteor Geminids Dijangka Hujung Minggu Ini

Diterbitkan Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Fenomena Hujan Meteor Gemenids dijangka mencapai kemuncaknya pada malam Ahad, 14 Disember 2025 sehingga menjelang awal pagi Isnin, 15 Disember 2025.

Menurut Planetarium Negara, pada waktu kemuncak, hujan meteor ini boleh mencapai kadar maksimum 120 meteor sejam, bersamaan kira-kira 2 meteor seminit. Waktu terbaik untuk pemerhatian adalah selepas 9:00 malam hingga awal pagi.

Rakyat Malaysia juga berpeluang menyaksikan fenomena ini sepanjang tempoh 4 hingga 20 Disember 2025, namun kadar meteor dijangka paling tinggi pada malam kemuncak.

Pemerhati yang ingin pengalaman terbaik disarankan ke kawasan gelap dan jauh dari pencemaran cahaya. Pusat pancaran meteor-meteor ini datang dari buruj Gemini yang terletak di langit sebelah utara, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

Puncak meteor geminds 2025_1

Sebagai rujukan, fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid 3200 Phaethon. Tidak seperti kebanyakan hujan meteor lain yang dikaitkan dengan komet, Hujan Meteor Geminids terhasil daripada serpihan asteroid tersebut.

Asteroid 3200 Phaethon mempunyai kelebaran 6km dan mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari. Jarak terdekatnya dengan Matahari adalah kira-kira 21 juta kilometer, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara planet Utarid dengan Matahari.

Ketika asteroid ini mendekati Matahari, berlaku keretakan terma (thermal fracturing) yang mengakibatkan serpihan 3200 Phaethon bertebaran di orbitnya. Sebahagian serpihan tersebut akan memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000 km/jam, mengewap dan menghasilkan meteor Geminids yang berwarna-warni.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • 12 Aset Utama NASA Diguna Bagi Dedah Rupa Sebenar Komet 'Interstellar' 3I/ATLAS
  • Angkasawan NASA Rakam Kota Suci Mekah Bersinar Dari Angkasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY