Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
komet 3I ATLAS

12 Aset Utama NASA Diguna Bagi Dedah Rupa Sebenar Komet ‘Interstellar’ 3I/ATLAS

Diterbitkan November 20, 2025 · Dikemas kini November 20, 2025 oleh ariff bukhari

Komet antara bintang 3I/ATLAS, objek ketiga seumpamanya yang pernah memasuki sistem suria kita telah ditemui pada 1 Julai 2025 lalu oleh teleskop ATLAS di Chile.

Penemuan ini mencetuskan pemerhatian besar-besaran oleh NASA dengan melibatkan lebih 12 aset termasuklah aset- aset utama mereka di angkasa lepas meliputi teleskop dan kapal angkasa.

12 Aset Utama NASA Diguna Bagi Dedah Rupa Sebenar Komet ‘Interstellar’ 3I/ATLAS
Ini adalah gambar komet antara bintang 3I/ATLAS yang diambil dari Teleskop Angkasa Hubble pada 21 Julai 2025, apabila komet tersebut berada 277 juta batu dari Bumi.

Pada Oktober lalu, Komet 3I/ATLAS ini telah melintasi planet Marikh pada jarak 19 juta batu (30.58 juta kilometer), membolehkan ia diperhatikan oleh tiga kapal angkasa NASA termasuklah Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) yang berjaya merakam imej terdekat komet tersebut.

MAVEN (Mars Atmosphere and Volatile EvolutioN) mengesan pancaran hidrogen melalui spektrograf ultraungu ultraviolet yang akan membantu saintis memahami komposisi komet itu, manakala perayau Perseverance berjaya menangkap kelibat samar 3I/ATLAS  dari permukaan Jezero Crater dari permukaan Marikh.

Kesemua aset NASA yang ada di angkasa lepas ini telah membantu saintis menjejak trajektori serta struktur dan ekor komet 3I/ATLAS.

MRO HiRISE-CLEAN FINAL
Ini adalah imej terdekat komet itu diambil oleh kapal angkasa NASA di Marikh. Pada musim luruh lalu, 3I/ATLAS melewati Marikh dari jarak 19 juta batu, di mana ia diperhatikan oleh tiga kapal angkasa NASA.

Selain itu, teleskop Hubble, James Webb dan SPHEREx turut menyumbang data penting mengenai komposisi komet tersebut

Berdasarkan pemerhatian Hubble, komet asing 3I/ATLAS ini dianggarkan memiliki diameter maksimum nukleus sekitar 5.6 km, tetapi ia mungkin sekecil 320 meter.

Walaupun data Hubble memberikan anggaran lebih hampir tepat berbanding pemerhatian dari Bumi, nukleus komet ini masih tidak dapat dilihat secara langsung.

MAVEN-comet3i-echelle-2-text FINAL
Imej ultra ungu dari MAVEN menunjukkan komposit atom hidrogen yang mengelilingi Komet 3I/ATLAS.

Menurut NASA, Komet antara bintang 3I/ATLAS dikatakan meluncur melalui sistem suria pada kelajuan luar biasa iaitu 130,000 batu sejam (209,000 km/j) di mana ia adalah kelajuan terpantas pernah direkodkan bagi pelawat asing yang memasuki sistem solar.

Kelajuan ini menunjukkan ia telah mengembara di ruang antara bintang selama berbilion tahun, kesan daripada apa yang panggil sebagai “tarikan graviti” (gravitational slingshot effect) daripada bintang dan nebula yang dilaluinya yang menambahkan lagi momentum, menjadikan kelajuannya semakin meningkat dari masa ke masa.

3I/ATLAS dijangka menghampiri Bumi pada 19 Disember 2025 pada jarak 170 juta batu, sebelum meneruskan perjalanan melepasi orbit Musytari pada musim bunga 2026.

Buat masa ini, tiada penyelidik yang tahu asal usul dari mana datanganya komet ini.

Namun, kajian menyeluruh akan memberi peluang unik kepada para pengkaji bintang untuk memahami perbezaan komet asing berbanding komet yang berasal dari sistem suria kita.

Berkaitan

  • Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej Komet Paling Terang Dalam Tempoh 20 Tahun
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Loji Nuklear Terbesar Dunia Dilapor Akan Dihidupkan Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY