Sebelum ini, jika suatu permainan ingin dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat, tiada cara lain yang boleh dilakukan selain memuat turun semula permainan tersebut.
Kini, dengan kemaskini terbaru itu, pengguna Switch boleh memindahkan permainan tersebut dengan mudah tanpa perlu muat turun berulang kali. Bagaimanapun, simpanan data atau beberapa data yang dikemaskini tidak boleh dipindahkan ke kad SD.
Antara kemaskini lain termasuk menjadikan permainan dapat diakses oleh lebih ramai orang, kerana anda dapat memetakan semula butang kawalan, sama seperti perubahan yang dilakukan oleh Microsoft pada Xbox One beberapa tahun yang lalu.
Lebih 5 stik dan butang konfigurasi boleh diubah bagi setiap alat kawalan yang disambungkan termasuk Joy-Con, Nintendo Pro Controller atau pada sistem Switch Lite.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- Nintendo Switch Dengan Skrin OLED Lebih Besar Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini
- Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13
- 4 Permainan Eksklusif Xbox Akan Ditawarkan Untuk PS5, Nintendo Switch
- Cipta Sendiri Skim Warna Joy-Con, Nintendo Tawar 10 Pilihan Warna Di Jepun
- Dah Macam Meja Makan, Ini Adalah Nintendo Switch Terbesar Di Dunia
- Taman Tema Super Nintendo World Akan Dibuka Di Universal Studios Japan
- Akaun Pengguna Nintendo Digodam, Lebih 300,000 Akaun Terjejas
- Alienware Concept UFO, 'PC Gaming' Mirip Nintendo Switch
- Dapatkan Promosi Tukar Bateri iPhone Serendah RM66 Di Switch
- Nintendo Switch Pro Dengan Sokongan 4K Mungkin Dilancarkan Pada Tahun Ini