Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch OLED

Nintendo Switch Dengan Skrin OLED Lebih Besar Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan Mac 4, 2021 oleh Amalina Athman

Nintendo kini dilaporkan akan melancarkan model baharu Nintendo Switch dengan skrin OLED lebih besar pada tahun ini. Memetik laporan Bloomberg, Samsung Display akan menjadi pembekal skrin tersebut, di mana pengeluaran besar-besaran panel OLED dengan saiz 7-inci dijadualkan seawal Jun nanti.

Pada masa ini, Nintendo Switch sedia ada masih menggunakan panel LCD di mana versi asas mempunyai skrin bersaiz 6.2-inci, manakala versi Lite dimuatkan skrin lebih kecil dengan 5.5-inci. Dengan penggunaan panel OLED, ia dikatakan dapat menjimatkan bateri, menawarkan kontras lebih tinggi serta input sentuhan yang lebih cepat.

Bagaimanapun, sama seperti kedua-dua konsol sedia ada, model baharu ini masih dikekalkan dengan resolusi 720p. Sebagai penambahbaikan, Switch baharu akan hadir dengan naik taraf sokongan 4K UHD apabila dimainkan pada televisyen.

Terdahulu, Nintendo Switch turut dilaporkan bakal hadir dengan versi “Pro” yang lebih berkuasa serta menyokong 4K dan DLSS.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY