Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
switch gergasi

Dah Macam Meja Makan, Ini Adalah Nintendo Switch Terbesar Di Dunia

Diterbitkan April 6, 2021 · Dikemas kini April 6, 2021 oleh Amalina Athman

Pernahkah anda terfikir, konsol Nintendo Switch sedia ada yang berukuran 6.2-inci tidak cukup besar? Terkini, seorang jurutera, Michael Pick telah menghasilkan Nintendo Switch ‘gergasi’ dengan paparan 650% lebih besar menggunakan kayu dan plastik.

Nintendo Switch terbesar

Konsol gergasi ini mempunyai paparan 4K melalui sambungan TV sebagai panel skrin. Dengan ukuran 30″ x 70″ dan seberat 29.48 kg, ia juga dilengkapi butang yang berfungsi sama seperti Nintendo Switch sebenar, termasuk butang trigger di bahagian sisi.

Ia berikutan, semua butang tersebut telah disambungkan dengan Joy-Con sebenar, yang tersembunyi di bahagian dalam.

Selain menggunakan butang yang besar, konsol gergasi ini juga boleh dimainkan dengan Nintendo Switch Pro. Satu-satunya yang tidak berfungsi pada konsol gergasi ini adalah skrin sentuh.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY