Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
akaun nintendo digodam

Akaun Pengguna Nintendo Digodam, Lebih 300,000 Akaun Terjejas

Diterbitkan Jun 10, 2020 oleh Amalina Athman

April lalu, Nintendo telah mengesahkan bahawa lebih 160,000 pemilik akaun Nintendo telah terjejas berikutan terdapat akses tanpa izin. Setelah siasatan berterusan dilakukan, kini terdapat penambahan 140,000 akaun yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah lebih 300,000 akaun yang terjejas.

Berdasarkan laporan, akses tersebut dicapai melalui sistem lama Nintendo NetworK ID (NNID) yang digunakan pada Wii U dan 3DS. Oleh kerana input adalah terhad untuk papan kekunci pada skrin, pengguna kebiasaannya memilih kata laluan yang lemah untuk akaun mereka.

Kemaskini Terbaru Switch Membenarkan Pengguna Pindahkan Permainan Yang Telah Dimuat Turun Ke Kad SD

Melalui NNID yang boleh dipautkan ke akaun Switch dan PayPal, ia membuatkan pengguna menjadi sasaran penggodam untuk mengambil kesempatan dan membuat pembelian barangan digital melaluinya.

Susulan itu, Nintendo telah melumpuhkan sistem NNID dan bersetuju untuk mengembalikan kerugian akibat pembelian palsu yang berlaku pada akaun yang terjejas.

Syarikat itu juga telah menetapkan semula kata laluan bagi setiap akaun dan menggalakkan semua pemilik akaun untuk mengaktifkan two-step verification untuk memastikan akaun lebih dilindungi.

Sumber: PCMag

Beli barangan Nintendo dari:

Lazada (https://invol.co/clovrj)

Shopee (https://invol.co/clovrm)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY