Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iOS Masih Menunggu Kemaskini Terbaru PUBG Mobile

Kemaskini Terbaru PUBG Mobile Bagi iOS Kini Tersedia Untuk Dimuat Turun

Diterbitkan April 23, 2018 · Dikemas kini April 23, 2018 oleh Haikel Areff

Setelah hampir satu minggu sejak kemaskini 0.4.0 untuk permainan video mudah alih popular, PUBG Mobile dikeluarkan bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, semalam (22 April), pihak TenCent Games akhirnya telah mengumumkan bahawa kemaskini tersebut sudah boleh dimuat turun oleh pengguna peranti iOS.

Pengguna iOS Masih Menunggu Kemaskini Terbaru PUBG Mobile

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, kelewatan ini adalah berpunca daripada masalah berkenaan proses review pada Apple Appstore. Perkara ini menyebabkan para pemain yang menggunakan peranti iOS dan Android tidak dapat bermain bersama disebabkan perbezaan pada versi permainan tersebut.

Screen Shot 2018-04-23 at 12.53.43

Antara perkara baru yang tersedia pada kemaskini kali ini ialah dua mod permainan baru iaitu Arcade Mode serta Training Grounds. Maklumat berkenaan dua mod terbaru ini boleh anda baca pada artikel kami sebelum ini. Selain itu, terdapat lebih 20 penambahbaikan kecil dari segi gaya permainan antaranya ialah fungsi Nitrous Oxide pada enjin kereta selain tetapan membuka pintu secara automatik.

Screen Shot 2018-04-23 at 12.52.59

Muat turun kemaskini ini sekarang dan mula berperang menentang atau bersama rakan-rakan anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY